Selasa, 29 Maret 2011

Harta Karun Keluar Melimpah-limpah

A. Kata sahabat RA,
“Pada zaman al-Mahdi, perut bumi akan mengeluarkan galian-galian yang berharga (dan bermutu tinggi) seperti gumpalan-gumpalan emas dan perak.”
B. Apabila Khalifah Umar bin Abdul Aziz disebutkan di hadapan Matar Al-Warrak, dia berkata,
“Itu mengingatkan kita bahawa Al-Mahdi akan melakukan sesuatu yang Umar bin Abdul Aziz tidak lakukan.” Lalu dia pun ditanya, “Apakah itu?” Jawabnya, “Seorang lelaki datang menemuinya lalu meminta (harta), lalu disuruh masuk ke perbendaharaan dan mengambilnya. Dia pun masuk kemudian keluar (dengan membawa harta-benda yang banyak) tetapi apabila dia melihat orang ramai, dia pun berasa malu lalu kembali dan berkata, “Ambillah kembali apa yang kamu telah beri kepadaku.” Tetapi dia (Al-Mahdi) menolak sambil berkata, “Kami memberi, tetapi kami tidak menerima kembali.”
Kedua-dua riwayat ini adalah lanjutan kepada penerangan yang telah diberikan sebelum ini. Keberkatan yang dinikmati oleh manusia pada masa itu sudah lama hilang daripada kita sehingga ramai yang akan mempertikaikan apa yang dinyatakan itu, termasuk dari kalangan yang bertaraf cerdik pandai agama. Kalau orang kampung atau orang yang jahil agama berkata demikian, kita tidaklah berapa hairan sangat. Jika yang mempertikaikan hal ini adalah orang yang pernah mengaji agama sehingga ke peringkat yang tinggi, maka kita sebenarnya amatlah berasa hairan.

Namun, daripada ini kita dapatlah katakan bahawa keberkatan yang dimaksudkan itu sebenarnya sudah terlalu jauh daripada kita sehingga apa yang digambarkan dalam dua buah ungkapan ini dirasakan seperti cerita-cerita dongeng dalam Hikayat Seribu Satu Malam, bukan pada realitinya. Kita sudah tidak mengerti apa itu berkat, bagaimana bentuk dan caranya. Yang kita faham ialah berkat dalam doa sahaja, atau berkat orang-orang tua dan alim, atau di kalangan orang-orang berbangsa Jawa, berkat ialah hadiah semasa kenduri perkahwinan.

Imam Mahdi dan Baitulmaqdis (Jerusalem)

A. Sabda Nabi SAW,
“Seorang lelaki daripada umatku akan keluar lalu bercakap berdasarkan sunnahku, dan Allah yang Maha Besar lagi Maha Perkasa akan menurunkan hujan dari langit (dengan banyaknya) sehingga bumi mengeluarkan segala isinya. Melaluinya dunia ini akan dipenuhkan dengan keadilan dan kesaksamaan seperti sebelumnya yang dipenuhi dengan penindasan dan kekejaman. Dia akan memerintah umat ini selama tujuh tahun, lalu pergi (berhijrah) ke Baitulmaqdis.”

Lelaki yang dimaksudkan itu adalah Imam Mahdi. Bercakap berdasarkan sunnah itu maksudnya ialah mengamalkan apa yang diucapkannya, bukan semata-mata mengucapkan tanpa diamalkan. Juga bermaksud akidahnya adalah tepat seperti akidah Rasulullah SAW dan para Sahabat RA. Juga bermaksud amalannya lebih banyak daripada cakapnya kerana beliau tidak suka bercakap mengenai sesuatu melainkan beliau telah amalkannya terlebih dahulu. Hal ini amatlah sukar untuk dipraktiskan pada zaman ini oleh kebanyakan orang, sama ada para ulamanya mahupun para pemimpinnya.

Kerana keadilan pemeirntahannya, Allah SWT turunkan keberkatan dari langit dan dari dalam bumi, dari tanam-tanamannya, ternakannya dan harta bendanya. Ini boleh berlaku dengan izin-Nya dan dengan berkat keramat pemimpin yang bertakwa itu. Pemerintahannya sentiasa dibantu oleh Allah sehingga jadilah beliau seorang pemimpin yang sangat adil dan saksama sepanjang pemerintahannya. Lama pemerintahannya selepas Dajjal dibunuh adalah selama tujuh hingga sembilan tahun, iaitu menurut kadar pada masa itu, bukan menurut zaman kita sekarang ini. Tempat hijrah beliau, iaitu tempat tinggalnya selepas keluar dari kota Makkah ialah ke Baitulmaqdis.

Senin, 28 Maret 2011

Imam Mahdi Menguasai Seluruh Bangsa Arab

A . Sabda Nabi SAW,
“Dunia ini tidak akan lenyap sehinggalah bangsa Arab (seluruhnya) diperintah oleh seorang lelaki dari kaum keluargaku, yang namanya menyamai namaku.”
B. Dari Abdillah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda,
“Dunia ini tidak akan binasa sehinggalah seorang dari Ahlulbaitku menguasai seluruh bangsa Arab yang namanya sama nama dengan namaku.”(At-Tarmizi & Abu Daud)
Bangsa Arab pada hari ini memang terkenal sebagai suatu bangsa yang degil, susah dibentuk, susah untuk dibawa berunding, kasar dan tidak mahu mendengar cakap. Mereka juga amat sukar untuk mentaati mana-mana pemimpin pun, lebih-lebih lagi jika pemimpin itu bukan dari kalangan bangsa mereka. Alangkan yang dari bangsa mereka sendiri pun amat sukar untuk menyatukan mereka, inikan pula jika pemimpin itu datangnya dari bangsa yang asing pada mereka.
Namun itulah satu lagi keramat besar Imam Mahdi yang Allah SWT kurniakan kepada beliau sehingga mampu menyatukan kepada dan hati seluruh bangsa Arab yang amat degil-degil itu sehingga menjadi satu bangsa yang kuat, sama seperti yang pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW, zaman Khulafa RA dan tabiin RH. Sebab itulah Nabi SAW sangat berbangga dengan keramat Imam Mahdi yang satu ini, kerana baginda SAW sudah amat arif akan hal ehwal bangsa Arab pada akhir zaman ini. Pada masa itu, seluruh bangsa Arab yang mendiami seluruh Asia Tengah termasuk utara Afrika akan bersatu hati dan pemikiran serta matlamat, setelah sekian lama berpecah-pecah dan mengikut kepala masing-masing sahaja. Jadilah mereka sebagai bangsa yang kuat, namun zaman ini bukan lagi zaman untuk mereka memegang kuasa dunia. Pemegang kuasa dunia Islam kali ini sudah dipegang oleh bangsa Melayu yang mula-mula mempelopori kebangkitan Islam buat kali yang kedua ini.

laskaar islam yang sangat hebat

A. Kata sahabat RA,
“Al-Mahdi berserta askarnya akan muncul daripada Timur. Sekiranya gunung menjadi penghalang (perjalanan) mereka, nescaya gunung itu akan (mereka pukul sehingga) hancur rata menjadi jalan mereka.”
B. Sabda Nabi SAW,
“Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun terpaksa merangkak di atas salji.” (Al-Hafiz Abu Nuaim)
C. Kata Sayidina Ali KMW,
“Maka Allah Azza wa Jalla menghimpunkan sahabat-sahabatnya (tentera al-Mahdi yang dipanggil Ikhwan) seramai tentera-tentera Badar dan seramai tentera Talut, iaitu 313 orang lelaki, seolah-olah mereka itu singa-singa jantan yang keluar dari hutan. Hati mereka itu ibarat kepingan-kepingan besi. Kalau mereka berkehendak untuk memindahkan gunung, nescaya akan mereka lakukan. Pakaian mereka sejenis dan seolah-olah mereka itu dari satu ibu dan satu ayah.”
Golongan Ikhwan ini, jumlahnya adalah 313 orang. Mereka merupakan golongan pemimpin umat manusia semasa pemerintahan Imam Mahdi. Peranan mereka adalah sama dan setara dengan peranan Sahabat dahulu. Gelaran Ikhwan dan Sahabat itu hanyalah untuk memudahkan kita membezakan zaman mereka berada sahaja. Jika para sahabat muncul pada awal Islam, maka Ikhwan muncul pada zaman akhirnya. Sifat-sifat mereka ini ada dinyatakan di dalam hadis-hadis di atas, amat mudah difahami (walaupun amat sukar melaksanakannya) dan rasa-rasanya penulis tidak perlu memperpanjangkannya lagi di sini.
Ikhwan adalah suatu nama yang umum, namun golongan yang digelar Ikhwan adalah suatu yang jarang-jarang  berlaku dalam sejarah Islam. Sepanjang sejarah umat Islam yang sudah lebih seribu empat ratus tahun ini, hanya beberapa peristiwa sahaja yang menggunakan nama Ikhwan, itupun sebahagiannya tidak sepopular mana pada mata masyarakat seluruh dunia. Ini membuktikan lagi bahawa hadis-hadis mengenai golongan Ikhwan ini memang tidak popular, baik pada ulamanya, para pemimpinnya, rakyat jelata dan umum masyarakat. Dan dikeranakan itu pulalah, dengan mudah kita dapat membezakan antara yang benar-benar mengikut hadis atau hanya menumpang nama sahaja atau termenggunakan nama Ikhwan itu secara tidak sengaja.
Sejarah terawal penubuhan anggota Ikhwan adalah pada abad kesembilan Hijrah dahulu, oleh Imam as-Suyuti RH. Memang kita ketahui bahawa Imam as-Suyuti RH banyak mengkaji hadis berkenaan peristiwa akhir zaman, banyak fahamnya termasuk yang seni-seni mengenainya dan beliau juga ternyata amat berminat dengan hal-hal yang sedemikian. Beliau pernah menubuhkan jemaahnya sendiri yang dikenali sebagai golongan Ikhwan, mengambil sempena golongan Ikhwan yang disebut-sebut oleh hadis Nabi SAW. Mereka ini berpakaian hijau manakala yang perempuannya berpakaian hitam, semasa berjalan sentiasa bergerombolan dan tinggal di kawasan Timur, iaitu di timur Palestin. Mereka tidak mengangkat senjata dalam perjuangan mereka, sama seperti yang disebut oleh hadis-hadis dan akhirnya bubar setelah beberapa lama masa berlalu.
Mereka mendapat didikan agama dan mempunyai kefahaman yang hampir sama dengan pemimpin mereka iaitu Imam as-Suyuti RH sendiri. Sayangnya, jumlah mereka tidaklah tepat 314 orang seperti yang disebutkan oleh hadis dan tempat tinggal mereka juga tidaklah tepat di Timur seperti yang dinyatakan oleh hadis. Zaman mereka muncul juga adalah tidak bertepatan dengan masa yang sebenar, walaupun mereka ini muncul pada awal kurun Hijrah. Pemimpin mereka iaitu Imam as-Suyuti RH bukanlah Pemuda Bani Tamim yang disebut-sebutkan itu. Mereka juga tidak menanti Imam Mahdi muncul kerana matlamat utama Imam as-Suyuti RH berbuat demikian adalah untuk mendapatkan keberkatan sahaja, moga-moga beliau dan anggota Ikhwannya itu mendapat satu pahala, iaitu pahala berijtihad. Jika betul ijtihadnya, mereka mendapat dua pahala dan jika salah ijtihad itu, tetap mendapat satu pahala, iaitu pahala berijtihad. Mereka juga sebenarnya mendapat pahala-pahala lain iaitu pahala berusaha, pahala berjuang dan pahala beramal secara berjemaah.
Itulah golongan pertama yang diketahui sejarah menggunakan nama Ikhwan dalam perjuangan mereka. Golongan kedua yang diketahui menggunakan nama Ikhwan dalam perjuangan mereka adalah dari kalangan pemimpin Bani Saud yang menyerang Makkah dan Madinah serta wilayah Hijaz yang lain. Mereka ini adalah pasukan tentera Bani Saud yang berfahaman Wahabi tulen yang menyerang kota Makkah dan Madinah sekitar tahun 1924 dan 1925 Masihi dahulu, dan seterusnya menakluk kedua-dua buah kota suci umat Islam itu, melepaskannya dari kekuasaan Bani Osmani Turki, dan merampas kekuasaan autonominya daripada Syarif-syarif yang sebelumnya berkuasa penuh ke atas kedua-dua kota suci itu. Pemimpinnya ketika penyerangan itu adalah Sultan Abdul Aziz bin Abdul Rahman El-Faisal Aali Saud, yang selepas penawanan kedua-dua kota suci itu memakai gelaran Al-Malik, dan gelaran itu kekal sehingga ke hari ini.
Yang mereka serang adalah Syarif Husain, pendiri Kerajaan Hasyimiah yang berpusat di kota Makkah. Mereka merampas beberapa benda berharga di kedua-dua buah kota suci itu, yang antaranya adalah milik peribadi Rasulullah SAW dan ahli keluarga baginda lalu dibawa ke Riyadh, ibu kota dan pusat pemerintahan Bani Saud itu. Mereka juga memusnahkan makam-makam Sahabat RA termasuk yang mati syahid, lalu meratakannya dengan tanah. Rumah keputeraan Rasulullah SAW juga turut dimusnahkan, dijadikan kandang binatang. Hanya akhir-akhir ini sahaja tempat itu dijadikan sebuah perpustakaan untuk bacaan umum. Nyata pula pasukan Ikhwan yang ini begitu keras, sama sekali tidak sesuai dengan namanya. Pasukan ini juga berjaya menakluk seluruh Hijaz dan meletakkannya di bawah kekuasaan mutlak raja baru di seluruh Hijaz iaitu Bani Saud. Oleh kerana pemimpinnya adalah seorang yang tidak percayakan hadis-hadis mengenai Panji-panji Hitam, maka penggunaan nama Ikhwan bagi pasukan tentera ini hanyalah kebetulan semata-mata, bukannya menuruti hadis.
Golongan ketiga yang diketahui sejarah menggunakan nama Ikhwan ialah kumpulan yang terkenal di Mesir dahulu, iaitu Ikhwanul Muslimin. Mereka adalah golongan yang berjuang tanpa senjata, menegakkan semula Islam ke tengah-tengah masyarakat Mesir yang sedang menghadapi pergolakan jiwa yang amat hebat, antara Islam sebagai ajaran tradisi dengan tamadun Barat sebagai ideologi yang moden dan maju. Ketika itu rakyat Mesir sedang menghadapi tekanan daripada penjajah Inggeris yang cuba menanam rasa kagum mereka kepada tamadun Barat yang kononnya amat maju itu, untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka, dan meninggalkan kepercayaan lama mereka yang kolot itu. Pegangan agama mereka juga umumnya amat lemah dan Islam pada mereka lebih bersifat tradisi, bukannya sebagai pegangan dan anutan hakiki.
Dalam keadaan yang demikianlah, Hassan al-Banna muncul dengan membawa kaedah dakwah yang komprehensif dan ajaran agama yang progresif untuk diterapkan secara realiti oleh seluruh masyarakat Islam Mesir, bukan semata-mata teori. Usaha beliau ini tidak semata-mata atas inisiatif beliau seorang diri tetapi mendapat sokongan beberapa orang rakannya yang lain, yang turut gigih berjuang bersama-sama beliau. Ikhwanul Muslimin pernah mencapai puncak kegemilangannya sehingga mempengaruhi pihak pemerintah di Mesir sendiri dan penjajah Inggeris di sana. Semasa di puncak itu, gerakan ini mencapai ahli berjuta-juta orang dan meliputi pelbagai bidang profesional.
Namun, mereka bukanlah gerakan yang dimaksudkan kerana Ikhwanul Muslimin menggunakan asas syariat lahir sebagai alat utama perjuangan mereka. Aspek kerohanian kurang diberi tumpuan dan inilah satu faktor utama yang membantu menumbangkan mereka semasa mereka berada di puncak kegemilangan. Para pemimpinnya, termasuk Hassan al-Banna sendiri mati syahid. Ada yang mati ditembak dan ada yang dihukum gantung. Namun, gerakan Ikhwanul Muslimin masih tetap hidup hingga ke hari ini, sambil pergerakan mereka diawasi ketat oleh pihak pemerintah di Mesir. Mereka juga tidak berniat mengembangkan gerakan Ikhwan ini ke seluruh dunia seperti yang ditetapkan oleh hadis-hadis.

Imam Mahdi dan Panji-panji Hitam

A. Sabda Nabi SAW,
Al-Mahdi akan muncul setelah keluarnya Panji-panji Hitam dari sebelah Timur, yang mana pasukan ini tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun.”        (Ibnu Majah)
B. Sabda Nabi SAW,
Panji-panji Hitam akan keluar dari arah Khurasan, dan sementara itu kawan-kawan al-Mahdi (pula) keluar menuju ke Baitulmaqdis.”
C. Sabda Nabi SAW,
Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salju. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk.” Maksudnya ialah al-Mahdi. (Ibnu Majah, Abu Nuaim & al-Hakim)
D. Sabda Nabi SAW,
Apabila kamu melihat Panji-panji Hitam telah diterima di sebelah wilayah Khurasan, maka datangilah dia sekalipun terpaksa merangkak di atas salji kerana padanya itu ada Khalifah Allah iaitu al-Mahdi.” ( Abu Nuaim)
E. Abdullah bin Syuraikh berkata,
Bersama-sama munculnya Al-Mahdi adalah panji-panji Rasulullah SAW, lengkap dengan cap-capnya sekali.”
F. Kata Sayidina Ali KMW,
Apabila Panji-panji Hitam menghala ke arah As-Sufyani, dan para pengikut Syuaib bin Saleh mencari-cari Al-Mahdi, dia akan muncul dari Makkah dan bersama-sama dengannya adalah Panji-panji Rasulullah SAW. Dia akan membahagi dua pasukannya mengerjakan sembahyang, setelah orang ramai meletakkan harapan kepadanya selain berpanjangan bala yang menimpa mereka. Setelah selesai sembahyang, dia mendapatkan mereka dan berkhutbah, Wahai manusia, ujian-ujian yang berterusan menimpa umat Muhammad SAW, terutamanya kepada Ahlulbait, (antaranya) adalah (kerana) kamu dikuasai dan dipersalahkan.”
Jelaslah di sini bahawa peranan Panji-panji Hitam amatlah penting sebelum kemunculan Imam Mahdi. Apa yang difahamkan ialah bahawa Imam Mahdi tidak akan muncul, melainkan setelah Pemuda Bani Tamim yang membawa Panji-panji Hitam itu muncul dan mendiri serta mempersiapkan tapak daulah untuk Imam Mahdi. Setelah itu barulah Imam Mahdi muncul. Inilah urutan yang perlu diikut oleh Imam Mahdi.
Asar oleh Imam Ali KMW ini juga memberitahu kita bahawa Imam Mahdi amat menitikberatkan sembahyang bagi para pengikutnya. Jadi, seseorang yang mengaku dirinya sebagai Imam Mahdi mestilah mendahulukan sembahyang kepada para pengikut dan umat Islam sebaik-baik sahaja beliau diangkat menjadi khalifah. Orang yang tidak berapa memberatkan sembahyang kepada para pengikutnya atau umat Islam, maka orang itu juga bukanlah Imam Mahdi yang sebenar. Sembahyang yang didirikan oleh Imam Mahdi dan para pengikutnya adalah sembahyang yang penuh khusyuk, yang mampu membina kepribadian mereka seperti pribadi para sahabat RA dan mampu pula mendatangkan pertolongan dan bantuan Allah kepada mereka secara terus.
Dan seperti biasa, apabila seseorang pemimpin itu berjaya memimpin pengikutnya kepada khusyuk dalam sembahyang, maka si pemimpin itu sendiri mahu tidak mahu mestilah terlebih dahulu adalah orang yang telah khusyuk dalam sembahyangnya kerana mustahil seorang yang tidak khusyuk dapat menunjukkan cara khusyuk kepada orang yang belum khusyuk sehingga mendapat khusyuk. Ranjau dan jeram yang menanti orang yang baru merasa khusyuk amatlah dalam dan luas, tidak akan mampu dicapai tanpa ada panduan daripada sang pemimpinnya. Dan ranjau serta jurang itu tidak akan sekali-kali diketahui oleh sesiapa pun melainkan oleh seorang yang telah pernah merasa apa itu khusyuk dan telah memahami setiap liku dan ranjaunya. Cara untuk mencapai khusyuk itu juga tidak akan diketahui oleh sesiapa pun melainkan oleh orang yang telah sampai kepadanya rasa khusyuk itu. Ilmu-ilmu seperti ini tidak ada di dalam kitab manapun, dan tidak ada juga diajarkan di universitas manapun.

TANDA MUNCULNYA IMAM MAHDI


Para ulama membagi Tanda-tanda Akhir Zaman menjadi dua. Ada Tanda-tanda Kecil dan ada Tanda-tanda BesarAkhir Zaman.

Tanda-tanda Kecil jumlahnya sangat banyak dan datang terlebih dahulu. Sedangkan Tanda-tanda Besar datang kemudian jumlahnya ada sepuluh.Alhamdulillah, Allah sayang sama umat manusia.

Sehingga Allah datangkan tanda-tanda kecil dalam jumlah banyak sebelum datangnya tanda-tanda besar. Dengan demikian manusia diberi kesempatan cukup lama untuk merenung dan bertaubat sebelum tanda-tanda besar berdatangan.

Banyak pendapat mengatakan bahwa kondisi dunia dewasa ini berada di ambang datangnya tanda-tanda besar Kiamat. Karena di masa kita hidup dewasa ini sudah sedemikian banyak tanda-tanda kecil yang bermunculan.

Praktis hampir seluruh tanda-tanda kecil kiamat yang disebutkan oleh Nabishollallahu ’alaih wa sallamsudah muncul semua di zaman kita. Maka kedatangan tanda-tanda besar tersebut hanya masalah waktu. Tanda besar pertama yang bakal datang ialah keluarnya Dajjal. Namun sebagian ulama berpendapat bahwa sebelum munculnya Dajjal harus datang terlebih dahulu Tanda Penghubung antara tanda-tanda kecil kiamat dengan tanda-tanda besarnya. Tanda Penghubung dimaksud ialah diutusnya Imam Mahdi ke muka bumi.

Dalam sebuah hadits Nabishollallahu ’alaih wa sallammengisyaratkan bahwa Imam Mahdi pasti datang di akhir zaman. Ia akan memimpin ummat Islam keluar dari kegelapan kezaliman dan kesewenang-wenangan menuju cahaya keadilan dan kejujuran yang menerangi dunia seluruhnya.


Ia akan menghantarkan kita meninggalkanbabak keempat era para penguasa diktator yang memaksakan kehendak dan mengabaikan kehendak Allah dan RasulNya dewasa ini menuju babak kelima yaitu tegaknya kembali kekhalifahan Islam yang mengikuti manhaj, sistem atau metode Kenabian.

لَوْ لَمْ يَبْقَ مِنْ الدُّنْيَا إِلَّا يَوْمٌ لَطَوَّلَ اللَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ حَتَّى يَبْعَثَ فِيهِ
رجل مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِي وَاسْمُ أَبِيهِ اسْمُ أَبِي
يَمْلَأُ الْأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلًا كَمَا مُلِئَتْ ظُلْمًا وَجَوْرًا
“Andaikan dunia tinggal sehari sungguh Allah akan panjangkan hari tersebut sehingga diutus padanya seorang lelaki dari ahli baitku namanya serupa namaku dan nama ayahnya serupa nama ayahku. Ia akan penuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman dan penganiayaan.” (HR abu Dawud 9435)
Lelaki keturunan Nabi Muhammadshollallahu ’alaih wa sallamtersebut adalah Imam Mahdi. Ia akan diizinkan Allah untuk merubah keadaan dunia yang penuh kezaliman dan penganiayaan menjadi penuh kejujuran dan keadilan.Subhanallah...! Beliau tentunya tidak akan mengajak ummat Islam berpindah babak melalui perjalanan tenang dan senang laksana melewati taman-taman bunga indah atau melalui meja perundingan dengan penguasa zalim dewasa ini apalagi dengan mengandalkan sekedar ”permainan kotak suara”..! Imam Mahdi akan mengantarkan ummat Islam menuju babak Khilafatun ’ala Minhaj An-Nubuwwah melalui jalan yang telah ditempuh Nabi Muhammadshollallahu ’alaih wa sallamdan para sahabatnya, yaitu melalui al-jihad fi sabilillah.

Imam Mahdi akan berperan sebagai panglima perang ummat Islam di akhir zaman. Beliau akan mengajak ummat Islam untuk memerangi para Mulkan Jabriyyan(Para Penguasa Diktator) yang telah lama bercokol di berbagai negeri-negeri di dunia menjalankan kekuasaan dengan ideologi penghambaan manusia kepada sesama manusia. Bila Allah mengizinkan Imam Mahdi untuk menang dalam berbagai perang yang dipimpinnya, maka pada akhirnya ia akan memimpin dengan pola kepemimpinan berideologi aqidah Tauhid, yaitupenghambaan manusia kepada Allah semata. Banyakghazawat (perang) akan dipimpin Imam Mahdi. Dan –subhaanallah- Allah akan senantiasa menjanjikan kemenangan baginya.
تَغْزُونَ جَزِيرَةَ الْعَرَبِ فَيَفْتَحُهَا اللَّهُ ثُمَّ فَارِسَ فَيَفْتَحُهَا اللَّهُ
ثُمَّ تَغْزُونَ الرُّومَ فَيَفْتَحُهَا اللَّهُ ثُمَّ تَغْزُونَ الدَّجَّالَ فَيَفْتَحُهُ اللَّهُ
“Kalian perangi jazirah Arab dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian Persia (Iran), dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian kalian perangi Rum, dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian kalian perangi Dajjal,dan Allah beri kalian kemenangan.” (HR Muslim 5161)
Lalu apa sajakah indikasi kedatangan Imam Mahdi? Dalam sebuah hadits Nabishollallahu ’alaih wa sallammemberikan gambaran umum indikasi kedatangan Imam Mahdi. Ia akan diutus ke muka bumi bilamana perselisihan antar-manusia telah menggejala hebat dan banyak gempa-gempa terjadi. Dan kedua fenomena sosial dan fenomena alam ini telah menjadi semarak di berbagai negeri dewasa ini.
أُبَشِّرُكُمْ بِالْمَهْدِيِّ يُبْعَثُ فِي أُمَّتِي عَلَى اخْتِلَافٍ مِنْ النَّاسِ
وَزَلَازِلَ فَيَمْلَأُ الْأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلًا كَمَا مُلِئَتْ جَوْرًا وَظُلْمًا
“Aku kabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah ummatku ketika banyak terjadi perselisihan antar-manusia dan gempa-gempa. Ia akan penuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kesewenang-wenangan dan kezaliman.” (HR Ahmad 10898)
Hadits berikut ini bahkan memberikan kita gambaran bahwa kedatangan Imam Mahdi akan disertai tiga peristiwa penting. Pertama,perselisihan berkepanjangan sesudah kematianseorang pemimpin. Kedua, dibai’atnya seorang lelaki (Imam Mahdi) secara paksa di depan Ka’bah. Ketiga, terbenamnya pasukan yang ditugaskan untuk menangkap Imam Mahdi dan orang-orang yang berbai’at kepadanya. Allah benamkan seluruh pasukan itu kecuali disisakan satu atau dua orang untuk melaporkan kepada penguasa zalim yang memberikan mereka perintah untuk menangkap Imam Mahdi.
يَكُونُ اخْتِلَافٌ عِنْدَ مَوْتِ خَلِيفَةٍ فَيَخْرُجُ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ الْمَدِينَةِ هَارِبًا إِلَى مَكَّةَ فَيَأْتِيهِنَاسٌ مِنْ أَهْلِ مَكَّةَ فَيُخْرِجُونَهُ وَهُوَ كَارِهٌ فَيُبَايِعُونَهُ بَيْنَ الرُّكْنِ وَالْمَقَامِ
وَيُبْعَثُ إِلَيْهِ بَعْثٌ مِنْ أَهْلِ الشَّامِ فَيُخْسَفُ بِهِمْ بِالْبَيْدَاءِ بَيْنَ مَكَّةَ وَالْمَدِينَةِ
“Akan terjadi perselisihan setelah wafatnya seorang pemimpin, maka keluarlah seorang lelaki dari penduduk Madinah mencari perlindungan ke Mekkah, lalu datanglah kepada lelaki ini beberapa orang dari penduduk Mekkah, lalu mereka membai’at Imam Mahdi secara paksa, maka ia dibai’at di antara Rukun dengan Maqam Ibrahim (di depan Ka’bah). Kemudian diutuslah sepasukan manusia dari penduduk Syam, maka mereka dibenamkan di sebuah daerah bernama Al-Baida yang berada di antara Mekkah dan Madinah.” (HR Abu Dawud 3737)
Saudaraku, sebagian pengamat tanda-tanda akhir zaman beranggapan bahwa indikasi yang pertama telah terjadi, yaitu perselisihan dan kekacauan yang timbul sesudah wafatnya seorang pemimpin. Siapakah pemimpin yang telah wafat itu? Sebagian berspekulasi bahwa yang dimaksud adalah Saddam Husein. Karena semenjak kematiannya, negeri Irak berada dalam kekacauan berkepanjangan. Wallahua’lam bish-showwab. Bila analisa ini benar berarti dewasa ini kita sudah harus bersiap-siap untuk berlangsungnya pembai’atan paksa Imam Mahdi di depan Ka’bah.
Saudaraku, bila ketiga peristiwa di atas telah terjadi, berarti Ummat Islam di seluruh penjuru dunia menjadi tahu bahwa Imam Mahdi telah datang diutus ke muka bumi. Panglima ummat Islam di Akhir Zaman telah hadir.. . Dan bila ini telah menjadi jelas kitapun terikat dengan pesan Nabishollallahu ’alaih wa sallamsebagai berikut:
فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَبَايِعُوهُ وَلَوْ حَبْوًا عَلَى الثَّلْجِ فَإِنَّهُ خَلِيفَةُ اللَّهِ الْمَهْدِيُّ
“Ketika kalian melihatnya (kehadiran Imam Mahdi), maka berbai’at-lah dengannya walaupun harus merangkak-rangkak di atas salju karena sesungguhnya dia adalah Khalifatullah Al-Mahdi.” (HR Abu Dawud 4074)
Ya Allah, izinkanlah kami bergabung dengan pasukan Imam Mahdi. Ya Allah anugerahkanlah kami rezeki untuk berjihad di jalanMu bersama Imam Mahdi lalu memperoleh salah satu dari dua kebaikan: ’isy kariman (hidup mulia di bawah naungan syariat Allah) atau mut syahidan (mati syahid). Amin... 


As-Sufyani Menyerang Kufah

A. Kata tabiin RH,
“As-Sakhra (maksudnya as-Sufyani) memasuki Kufah (dan menawannya), lalu ada berita yang sampai kepadanya mengenai kedatangan al-Mahdi. Dia lantas mengerahkan askarnya untuk menyerang al-Mahdi. Mereka kemudian ditelan bumi sehingga tidak ada yang terselamat melainkan seorang (yang di hadapan sekali) yang akan menyampaikan khabar (gembira) kepada al-Mahdi dan seorang lagi (yang paling belakang) yang akan meyampaikan berita (duka) buat as-Sufyani. Al-Mahdi kemudian meninggalkan Makkah dan as-Sufyani juga bertolak dari Kufah untuk sama-sama menuju ke Syam. Kedua-dua pemimpin ini saling berlumba untuk sampai lebih dahulu ke Syam tetapi as-Sufyanilah yang sampai lebih dahulu. Lantas al-Mahdi mengirimkan tenteranya untuk menyerang as-Sufyani. Kemudian as-Sufyani (tewas dan mengaku kalah lalu) berbaiat kepada al-Mahdi dan al-Mahdi terus pergi ke Baitulmaqdis lalu menetap di sana selama tiga tahun. Pada ketika itu juga Kalb bersama-sama askarnya keluar untuk membantu as-Sufyani, lalu bergerak dengan dibantu oleh pasukan-pasukan yang lain lagi sehingga mereka beristirahat di Yasan. Al-Mahdi dengan segera menyerang pasukan gabungan ini, dengan membawa bendera yang paling besar. Kalb dan isteri-isterinya melarikan diri, sehingga anak-anak gadisnya ditangkap dan dijual dengan harga (semurah) 8 dirham. Ketika itu juga as-Sufyani ditangkap dan disembelih seperti kambing yang disembelih, di atas batu besar yang membujur di atas tanah dekat gereja yang berada di lembah jurang, di hujung jalan bukit al-Qantarah di sebelah kanan.”

As-Sufyani itu dikatakan sebagai seorang yang kepala batu (As-Sakhra) kerana keengganannya tunduk kepada kekuasaan Islam. As-Sufyani yang dimaksudkan ini adalah pemimpin puak Syiah yang enggan mengakui kebenaran yang telah terang nyata di pihak Ahlus Sunnah. Dialah yang menakluk Kufah dan menawannya dengan tujuan dapat menghalang kebangkitan kuasa Islam yang dipimpin oleh Ahlus Sunnah itu. Akibatnya, pasukan tentera yang mahu menyerang Makkah ditelan oleh bumi. Yang terselamat hanyalah dua orang sahaja iaitu seorang yang di hadapan sekali dan seorang lagi adalah yang di belakang sekali. Salah seorang daripadanya meneruskan perjalanan menemui Imam Mahdi dan menyampaikan berita gembira ini dan seorang lagi berpatah balik lalu menyampaikan berita duka ini kepada pemimpin Syiah itu.

As-Sufyani ini akan diperangi oleh Imam Mahdi ketika dia mendahului sampai ke Damsyik. Setelah kalah dalam peperangan ini, As-Sufyani mengakui kepemimpinan Imam Mahdi, namun atas bantuan dan hasutan orang-orang kafir Eropah (Kalb) yang durjana itu, As-Sufyani cuba berpaling tadah. Imam Mahdi terpaksa memerangi puak-puak kafir Eropah yang bergabung tenaga itu di Yasan (Sepanyol). Dengan taktik peperangan yang hebat, pasukan Imam Mahdi berjaya memukul habis pasukan gabungan itu menyebabkan pasukan kafir tersebut punah ranah, segala harta bendanya berterabur ditinggalkan begitu sahaja, malah perempuan-perempuan yang dibawanya juga tidak sempat dibawa lari, tertawan lalu menjadi hamba abdi orang-orang Islam. Oleh kerana jumlah tawanan itu terlalu ramai, mereka dijual dengan harga yang semurah-murahnya.

Maksud perempuan (isteri dan anak gadis as-Sufyani) itu ada beberapa golongan. Antaranya ialah para penyanyi, peragawati (model) dan pelakon wanita yang digunakan untuk memerangkap kaum mukminin yang bakal memerangi mereka. Mereka ini tidak mampu menembus iman pasukan tentera yang amat mantap itu, malah mereka pula yang ditawan oleh pasukan Islam itu. Maksud kedua ialah negara-negara yang kaya dengan minyak dan sumber alam untuk membiayai perbelanjaan perang pasukan Eropah itu. Mereka ini turut gagal kerana setiap yang mereka belanjakan itu tidak memadai untuk menampung perbelanjaan perang pasukan Eropah yang menelan belanja yang amat besar itu.

Selepas peristiwa itu, Imam Mahdi terus mencari dan menangkap pemimpin puak Syiah itu kerana berpaling tadah setelah berbaiat sebelumnya. Kemudian pemimpin-pemimpin Syiah itu ditangkap beramai-ramai lalu dihukum bunuh di tebing Tasik Tibriyah dengan disaksikan oleh sekalian umat Islam di seluruh dunia. Itulah hukuman dalam Islam terhadap orang yang berpaling tadah kepada pemimpin mereka setelah mereka berbaiat sebelumnya kepada pemimpin tersebut. Kaedah ini tidak dipakai lagi oleh mana-mana parti politik yang katanya mereka memperjuangkan Islam pada hari ini.

Pasukan Tentera yang Ditelan Oleh Bumi di al-Baidak

. Kata sahabat RA,
“Tanda-tanda (amat hampir) munculnya al-Mahdi ialah berlaku (peristiwa) sekumpulan askar yang ditelan oleh bumi di al-Baidak.”
B. Kata sahabat RA,
“Penguasa Madinah (Hijaz) mengirimkan tentera kepada al-Hasyimi (untuk melawannya) di Makkah. Tentera ini kemudian mengusir penduduk Makkah. Peristiwa ini didengar oleh khalifah di Syam iaitu as-Sufyani daripada keturunan Abu Sufyan bin Harb. Seterusnya as-Sufyani mengirimkan pasukan (tentera) ke Makkah. Dalam perjalanan, mereka singgah di al-Baidak yang pada ketika itu kebetulan bulan purnama sedang mengambang. Kemudian ada seorang penyeru yang memerhatikan keadaan pasukan tersebut, lalu berkata, “Aduh! Celakalah kamu semua wahai penduduk Makkah kerana telah didatangi oleh pasukan (tentera) ini.” Dia terus pergi dan datang lagi ke tempat itu. Namun, setelah datang, dia tidak melihat lagi pasukan tadi. Dia lantas bertasbih, “Subhanallah! Mereka telah berangkat sebentar tadi” Lantas dia meneruskan perjalanannya. (Dalam perjalanannya) di sana dia menemui pasukan tentera tadi dalam keadaan terbenam separuh badan (ke dalam tanah). Dia berhasrat untuk menolong, tetapi tidak mampu berbuat apa-apa. Akhirnya dia mengetahui bahawa pasukan itu (sebenarnya) telah ditelan oleh bumi. Dia pun bergegas pulang ke Makkah untuk menyampaikan khabar tersebut. Mendengarkan berita ini, penduduk Makkah mengucapkan Alhamdulillah, kemudian mereka berkata, “Inilah dia tanda-tanda yang sangat-sangat kami tunggu (selama ini).” Lantas mereka segera pergi ke Syam.”
C. Kata tabiin RH,
“Al-Mahdi tidak akan muncul sehingga ada pasukan perang yang ditelan oleh bumi di kawasan Ghautah, yang bernama Bandar Jirista.”
D. Abdullah bin Amru RA berkata,
“Apabila sepasukan tentera ditelan bumi di kawasan gurun, itulah tandanya akan muncul Al-Mahdi.”
E. Sabda Nabi SAW,
“Satu pasukan tentera akan menyerang Rumah Allah ini untuk memerangi penduduk-penduduknya. Apabila mereka sampai di kawasan yang lapang, seluruh bahagian tengah pasukan tentera ini akan tenggelam. Anggota yang di hadapan akan memanggil tentera di belakangnya, tetapi semuanya turut tenggelam sehingga tiada yang tinggal melainkan beberapa orang yang pergi menghantar berita (duka) kepada As-Sufyani.”
Semua hadis dan asar di atas telahpun dihuraikan dengan ringkas pada bahagian-bahagian sebelum ini. Dan semua riwayat di atas menceritakan beberapa peristiwa besar dan salah satunya adalah mengenai pasukan tentera yang akan ditelan oleh bumi, sebanyak dua kali. Yang pertama berlaku di kawasan Ghautah, di bandar Jirista. Di sini, pasukan yang ditelan oleh bumi adalah pasukan yang dipimpin oleh Kalb. Sebelum itu, pasukan ini akan mendatangi Madinah lalu merosakkannya sehingga hancur rata dengan tanah, sambil membunuh seramai mungkin umat Islam yang sedang berlindung di dalam kedua-dua kota suci umat Islam itu.
Yang kedua berlaku di al-Baidak, suatu kawasan gurun di Zul Hulaifah yang terletak di antara kota suci Makkah dengan Madinah. Pasukan tentera as-Sufyani yang tenggelam di Ghautah membunuh semua pasukan tentera tersebut melainkan seorang askar sahaja. Dialah yang akan pulang memberitahu khabar duka ini kepada as-Sufyani. Pasukan tentera yang tenggelam di Zul Hulaifah pula membunuh semua askar yang ada melainkan dua orang, seorang yang di hadapan sekali dan seorang lagi yang di belakang sekali. Askar yang di hadapan sekali ini takut untuk berpatah balik ke belakang lalu meneruskan perjalanannya sehingga sampai kepada Imam Mahdi dan menyampaikan berita gembira ini kepada Imam Mahdi.
Yang seorang lagi, iaitu yang di belakang sekali takut untuk meneruskan perjalanannya ke hadapan, lalu berpatah semula kepada as-Sufyani dan menyampaikan berita duka ini kepada as-Sufyani.

Lagi Keterangan Mengenai As-Sufyani

A. Disebutkan oleh Abul Husain Ahmad bin Jaafar bin Al-Munadi di dalam Kitabul Malahim,
      
“Adalah (pemimpin) yang terbenam tenteranya itu, katanya, namanya ialah Utbah bin Hind, iaitu salah seorang penduduk Damsyik. Dia berkata, “Wahai penduduk Damsyik! Aku adalah salah seorang daripada kamu dan kamu adalah pasti datang dari datukmu Muawiyah bin Abu Sufian, pemimpin kamu yang terdahulu. Berbuat baiklah kamu, semoga kamu akan dibalas baik (juga).” Disebutkannya dengan syarahan yang panjang sehingga disebutkannya nasabnya hingga kepada Al-Jurhumi, iaitu yang mengiringinya dari arah Syam. Maka datang seorang Al-Burqi yang berjalan dengan pantas, dan barang yang dilindungi olehnya, yang (berasal) dari Barat. Maka katanya, Telah datang seorang Jurhum yang membaiatnya, namanya ‘Uqail bin ‘Uqqal (Akal Pendek anak Si Akal Pintar). Kemudian datang seorang al-Burqi, namanya Hamam bin al-Wardi. Kemudian disebutkannya perjalanannya ke Mesir dan dibunuhnya rajanya, iaitu pembunuhan di Qantarah al-Farma atau sekitarnya selama tujuh hari. Penduduk Mesir turut membantunya sehingga mereka membunuh (sama) para cerdik pandainya seramai tujuh puluh ribu orang, sehingga amanlah negeri Mesir, lalu orang ramai pun membaiatnya.
Setelah itu dia pun balik semula ke Syam. Kemudian tersebut pula raja-raja yang terutama (lebih diutamakan) dari keturunan Arab di Hadramaut, dan seorang lelaki dari suku Khuzaah, seorang lelaki dari suku Abbas, dan seorang lelaki dari suku Saklabah. Dan disebutkan kejadian pelik (tentang) pasukan tentera yang terbenam iaitu terbenam mereka ke dalam tanah sehingga paras leher sahaja, tinggal kepala sahaja yang keluar. Tinggallah sahaja kuda-kuda mereka (yang tidak terbenam), harta benda mereka, beban-beban mereka, khazanah-khazanah mereka, alat-alat peperangan dan alat-alat pemusnah mereka yang tinggal terbiar, sehinggalah sampai keluar beritanya ke Makkah, (dibawa oleh seorang yang) bernama Muhammad bin Ali, dari anak cucu Hasan bin Ali. Maka dilipatkan baginya bumi ini sehingga sampai mereka di Al-Bidak pada hari (keempat) itu. Maka pasukan itu tenggelam badan mereka ke dalam tanah, hanya tinggal kepala sahaja yang keluar, sedangkan mereka itu (masih lagi) hidup. Mereka, iaitu sahabat al-Mahdi bersyukur kepada Allah, dan bertambahlah cinta mereka akan Makkah. Kemudian mereka berdoa kepada Allah, mensucikan-Nya dan memuji-Nya kerana baik balasan yang diberi kepada mereka. Mereka juga meminta agar disempurnakan nikmat dan kesejahteraan ke atas mereka. Maka ditunjukkan bumi (yang terbenam itu) pada masa itu yakni pasukan tentera As-Sufyani. Jadilah mereka itu sebaik-baik askar hal keadaan mereka terbiar dan dimusnahkan apa yang mereka biarkan. Dan disebutkan banyak lagi perkaranya… Allahlah yang lebih tahu akan kebenarannya.

Selain para sahabat RA dan para tabiin RH, para ulama salaf tidak ketinggalan memperkatakan tentang Imam Mahdi menurut ilmu kasyaf yang sampai kepada mereka. Setelah itu, mereka menurunkannya kepada anak-anak murid mereka akan berita-berita ghaib yang mereka peroleh itu, untuk tatapan dan pengetahuan mereka dan generasi yang akan datang. Bukanlah maknanya mereka boleh mengetahui perkara yang ghaib seperti tahunya Allah SWT akan perkara-perkara yang ghaib. Mereka hanya mengetahui perkara-perkara yang ghaib setelah diberitahu oleh Allah sama ada melalui para malaikat, ilham, nabi-nabi, wali-wali lain (yang telah mati atau yang masih hidup) atau secara terus dari Allah SWT, tanpa sebarang perantaraan.

 Perkhabaran di atas adalah termasuk dalam kategori kasyaf yang Allah singkapkan kepada beliau untuk diketahui dan disampaikan kepada para pengikutnya. Ilmu Allah SWT itu amatlah luas dan dalam, penuh pula dengan rahsia yang tidak terketahui oleh akal kita yang pendek dan pelupa ini. Mahu percaya atau tidak, terpulanglah kepada setiap individu untuk menentukannya. Antara yang disebutkan adalah tentang penggunaan kenderaan-kenderaan yang boleh bergerak pantas sehingga sebuah angkatan tentera boleh sampai ke tempat yang jauh hanya dalam jarak masa yang singkat. Dan pada hari ini, jarak yang sejauh itu tidak mustahil dapat dicapai oleh orang awam, yakni dengan menggunakan kenderaan yang boleh bergerak pantas.

Pada bahagian akhir petikan ini disebutkan bahawa Allah sahajalah yang Maha Mengetahui akan kebenaran apa yang disampaikannya itu. Hal ini amatlah disedari dan diakui sepenuhnya oleh sesiapa sahaja yang telah sampai kepadanya keupayaan menyelam ke dalam lautan ilmu Allah, sama ada yang berbentuk laduni atau kasyaf. Oleh kerana ilmu Allah itu amatlah luasnya, pemahaman yang amat tepat semasa menghuraikannya amatlah perlu. Tidak jarang terjadi, lain pemahaman yang diperolehnya itu, lain pula maksud tulisannya daripada apa yang difahamnya tadi. Dan lazimnya tulisan dari apa-apa ilmu yang difahamnya itu tersalah secara yang amat tidak sengaja, bergantung penuh kepada kebergantungan hatinya kepada Allah SWT dan kekuatan imannya pada ketika itu.

Pintu Gerbang Istakhr

A. Sayidina Ali berkata, 
“Kuda-kuda As-Sufyani bergerak menuju ke Kufah, dan dia menghantar pasukan tenteranya menentang penduduk Khurasan. (Ketika itulah) penduduk Khurasan mencari-cari Al-Mahdi. Dia akan bertemu dengan Al-Hasyimi yang membawa Penji-panji Hitam, yang di hadapannya ialah Syuaib bin Saleh yang akan memerangi As-Sufyani di depan Gerbang Istakhr, berlakulah pertempuran yang hebat dan pasukan Panji-panji Hitam akan menang, manakala kuda-kuda As-Sufyani bertempiaran lari.”

Kejadian ini berlaku di sekitar Khurasan. Kuda-kuda yang dimaksudkan adalah kelengkapan perang yang paling canggih yang dimiliki oleh pasukan As-Sufyani, terdiri daripada askar-askar terhandal mereka, senjata-senjata automatik, kereta-kereta kebal, kenderaan-kenderaan tentera yang pelbagai jenis dan peluru-peluru yang berkuasa tinggi. Tidak ketinggalan adalah kapal-kapal laut dan jet-jet pejuang pelbagai jenis dan kelengkapan termajunya. Pasukan ini akan menuju ke Khurasan dan Kufah, sedangkan pada waktu itu penduduk Khurasan sudahpun bersatu dengan pemimpin besar mereka iaitu Syuaib bin Saleh at-Tamimi, yang dibantu oleh Al-Haris Harras.

Pada masa ini, Pemuda Bani Tamim akan bertemu dengan dua orang pembantu kanannya iaitu Al-Haris Harras dan Pemuda Bani Hasyim. Kedua-dua pasukan Islam dan kuffar ini akan bertembung di sekitar Khurasan itu juga dan peperangan tidak dapat dielakkan lagi kerana memang pasukan As-Sufyani berazam benar mahukan juga peperangan, tidak mahukan sebarang perdamaian. Dan ternyata, kekuatan dan kelengkapan lahiriah selama-lamanya tidak akan mampu mengalahkan kekuatan rohaniah tentera Islam yang amat hebat itu.

Bantuan Allah kepada tentera Islam nampak nyata, tidak lagi terselindung-selindung sehingga dengan mudah pula taktik dan gempuran pasukan As-Sufyani dapat dipatahkan. Akhirnya kalahlah pasukan As-Sufyani, askarnya berundur dengan tergesa-gesa untuk mengelakkan kekalahan yang lebih besar dan memalukan. Askar-askarnya hilang entah ke mana dan kelengkapan perangnya ditinggalkan begitu sahaja, tidak dikutip lagi. Kerugian yang terpaksa ditanggungnya juga sudah tidak terkirakan lagi banyaknya. Setelah itu, pasukan At-Tamimi meneruskan lagi perjalanan mereka menuju ke Makkah sambil menziarahi kota Madinah yang telah hancur rata itu.

As-Sufyani dan Kufah

A. Sabda Nabi SAW,
“Apabila As-Sufyani tiba di Kufah, dia lalu membunuh pengikut-pengikut keluarga Nabi Muhammad SAW, maka Al-Mahdi akan datang dan pembawa Panji-panjinya adalah Syuaib bin Saleh.”

As-Sufyani yang dimaksudkan di dalam hadis ini ialah dari kalangan pengikut Wahabi dan pemerintah yang menggunakan sistem ala-Wahabi dalam pemerintahan mereka. Mereka ini pernah pada suatu masa dahulu membunuh, memburu dan menghalau kalangan Ahlulbait yang masih berada di Hijaz. Akibatnya, sehingga kini, hampir tiada lagi keturunan Ahlulbait di kawasan sekitar Hijaz. Semuanya sudah habis terbunuh atau sekurang-kurangnya pun lari menyelamatkan diri dari Hijaz. Jika ada yang tinggal pun di sana pada masa ini, adalah dari kalangan Ahlulbait yang sanggup mengikut telunjuk puak Wahabi itu.

 Di kalangan mereka itu, pada hari ini, ada yang benar-benar menjadi sebahagian daripada puak musuh yang pernah cuba menghapuskan golongan mereka suatu masa dahulu. Mereka ini bukan sahaja sudah lupa apa yang pernah musuh mereka itu lakukan dahulu, malah mereka sanggup menjadi sebahagian daripada musuh itu untuk membantai  umat Islam yang lain yang tidak sehaluan lagi dengan mereka. Ada pula yang terpaksa berbuat demikian demi mahu menyelamatkan diri dan keluarga daripada dihapuskan oleh puak musuh itu. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa sekalian Ahlulbait itu dan merahmati mereka.

Perkara ini sudahpun benar-benar berlaku. Apabila hal ini benar-benar berlaku, maka hadis ini menjadi sahih dengan sendirinya. Tidak perlu lagi diselidik benar atau tidaknya hadis ini, siqah atau tidak rawinya, terang atau tidak sanadnya, apa hukum yang dijatuhkan oleh ulama hadis dahulu terhadap hadis ini dan sebagainya lagi seperti yang termaktub di dalam disiplin ilmu mustalah hadis. Hadis ini sudah menjadi sahih dan muktamad apabila benar-benar berlaku apa yang dikatakan. Inilah kaedah yang digunakan oleh para sahabat RA pada zaman Rasulullah SAW dan zaman Khulafa ur-Rasyidin dahulu. Dan kaedah itu jugalah yang akan diguna pakai oleh umat Islam pada akhir zaman ini. Maka kitalah yang harus memulakan penggunaan kaedah yang pernah digunakan oleh para sahabat RA itu.

Dalam keadaan demikianlah, Imam Mahdi akan datang iaitu datang ke Makkah untuk tampil menjadi khalifah atau pemerintah manusia. Sebelum mendapat kuasa pemerintahan itu, terlebih dahulu akan dimunculkan Pemuda Bani Tamim. Beliaulah pembawa Panji-panji Hitam yang masyhur itu dan menyerahkannya kepada Imam Mahdi. Kedua-dua mereka ini mestilah muncul menurut urutan, iaitu Pemuda Bani Tamim akan muncul dahulu, kemudian barulah diikuti oleh kemunculan Imam Mahdi. Tidak boleh berlaku Imam Mahdi muncul dahulu daripada Pemuda Bani Tamim atau kemunculan Imam Mahdi itu berseorangan sahaja, tanpa ada Pemuda Bani Tamimnya. Ini dikeranakan kemunculan kedua-dua mereka sudah dinyatakan oleh hadis-hadis secara yang amat nyata.

Begitu juga Pemuda Bani Tamim tidak boleh muncul seorang diri sahaja tanpa diikuti oleh kemunculan Imam Mahdi. Maknanya, tidak lama selepas kemunculan Pemuda Bani Tamim yang mendapat kuasa di Timur itu, Imam Mahdi akan segera muncul pula. Setelah kedua-dua tokoh besar ini muncul, maka sahihlah kedua-duanya benar dan wajib diikuti oleh sekalian umat Islam, walau di mana sahaja mereka berada. Yang dikatakan Imam Mahdi palsu ialah munculnya tanpa didahului oleh Pemuda Bani Tamim, atau Pemuda Bani Tamim itu langsung tidak tersenarai di dalam nama-nama pemimpin kanannya.

Hal-hal lain yang berkaitan sudah pun dinyatakan dalam bahagian-bahagian terdahulu. Rasa-rasanya tidak perlulah diulang-ulang sebutannya dalam bahagian ini

As-Sufyani Dikalahkan Oleh Tentera at-Tamimi

A. Dari Ibnu Mas’ud RA, sabda Nabi SAW,
“Kemudian Urwah bin Muhammad as-Sufyani menghantar sepasukan tentera berkudanya ke Kufah seramai 15,000 orang, kemudian mengutus pasukan tentera yang lain seramai 15,000 orang juga, yang berkenderaan, menuju ke Makkah dan Madinah untuk memerangi al-Mahdi dan para pengikutnya. Maka pasukan tentera yang pertama tadi sampai ke Kufah, berjaya menawan kota itu, lalu memusnahkan apa sahaja, daripada kaum perempuan dan kanak-kanaknya, di samping membunuh setiap lelaki, merampas segala harta-benda yang ada lalu pulang semula (kepada as-Sufyani). Maka (pada ketika itu juga) datanglah suatu kaum yang gagah berani (sihat)dari arah Timur, yang mana mereka itu mengikut Amir min Umarak dari (keturunan) Bani Tamim yang dikatakan dia itu (adalah) Syuaib bin Saleh. Maka dia datang menyelamatkan setiap yang ada daripada tawanan mereka (wanita dan kanak-kanak tadi) lalu (segera) bertolak pula ke Kufah. Pasukan tentera yang kedua pula, sampai ke kota Madinah Rasul SAW, lalu memerangi dan memusnahkannya selama tiga hari, maka datang kepada (hati) mereka pertolongan daripada memusnahkan terus seluruh penduduk dan anak-anak (penghuni Madinah). Kemudian mereka meneruskan lagi perjalanan menuju ke Makkah Al-Mukarramah, untuk memerangi al-Mahdi dan orang-orangnya. Apabila sampai di al-Baidak, semuanya dihapuskan oleh Allah. Maka itulah yang dimaksudkan dengan firman Allah, “Kalau kamu melihat ketika mereka terkejut, maka tidak akan luput (dari ingatan), lalu diambil (nyawa) mereka dari tempat yang dekat (dengan Makkah).” (Surah Sabak, ayat 51)

Seperti hadis-hadis sebelumnya, hadis ini melanjutkan cerita tentang perkara yang sama. Walaupun terdapat beberapa perbezaan fakta di dalamnya, semua itu tidak bererti hadis ini maudhuk atau syaz. Sebabnya, perbezaan jumlah yang dikatakan itu, atau perbezaan nama, atau perbezaan keterangan yang diberikan sebenarnya menunjukkan bahawa angka itu boleh berubah-ubah menurut ketentuan Ilahi, tempat yang dimaksudkan itu juga boleh berubah dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan juga boleh banyak atau sedikit. Semuanya adalah menurut ketentuan Allah belaka dan hanya Dia yang Maha Mengetahui hakikat segala yang diciptakan-Nya.

Sebab itulah perbezaan keterangan dan jumlah yang berlaku dalam riwayat yang pelbagai, tidak perlu diambil kira sangat. Jumlah yang disebutkan itu tidak penting kerana yang penting ialah bahawa peristiwa yang dimaksudkan itu benar-benar berlaku, dan ada tempat berlakunya, sesuai menurut tafsiran kita pada zaman ini, bukannya menurut tafsiran pada zaman dahulu. Oleh itu, ada perkara yang perlu diperhatikan sangat-sangat dan ada perkara yang hanya perlu diperhatikan secara sepintas lalu sahaja.

 Dan, kebiasaannya dalam menafsirkan hadis-hadis seperti inilah yang banyak memeningkan kepala para sarjana dan cendekiawan yang mengkajinya, kerana pengetahuan mereka tidak tercapai selok-belok hadis yang amat dalam, berkelok-kelok dan penuh rahsia itu. Jika hanya maksud zahir sahaja yang diambil dan diperhatikan, maka hadis-hadis seperti ini dengan begitu mudah akan dicampakkan ke dalam tong sampah maudhuk sahaja. Dan sebagai akibatnya, tidak hairanlah kalau hadis-hadis seperti ini sentiasa terabai daripada perhatian mereka, kerana mereka menilainya sebagai sesuatu yang tidak perlu diperhatikan, membuang masa sahaja dan sering kali dengan mudah pula mereka memaudhukkannya. Itulah penilaian yang terbaik pada pandangan mereka.

Pasukan tentera Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya ternyata amat besar, berjumlah tiga puluh ribu orang dan lengkap pula dengan segala persenjataan tercanggih yang dibawa khusus untuk tujuan itu, disertakan lagi dengan pakar-pakar strategi yang terbaik, di samping mendapat pula bantuan daripada puak Syiah yang katanya mereka lebih layak terhadap Imam Mahdi. Memang puak Syiah amat berhasrat untuk menghapuskan sama sekali golongan Ahlus Sunnah supaya mereka dapat berkuasa pula ke atas seluruh dunia dan umat Islam. Pasukan tentera ini dibahagi kepada dua kumpulan iaitu yang akan menyerang Kufah, yakni Iraq dan yang satu kumpulan lagi akan menyerang Hijaz.

Maka dunia akan menyaksikan sekali lagi negara-negara di Teluk Parsi bermandi darah. Kali ini adalah lebih besar dan dahsyat. Tiada siapa pun dari kalangan umat Islam yang mampu berbuat apa-apa untuk menentang perbuatan biadab musuh-musuh Allah itu. Maka pada ketika itulah Syuaib bin Saleh at-Tamimi akan mendapat kuasa di Timur lalu mendaulatkan Islam ke tempatnya yang tinggi. Beliau dan pasukan tenteranya yang amat terpilih itu amatlah handal kerana mereka dibantu dengan keramat-keramat yang amat nyata. Selain itu, roh-roh sekalian syuhada sejak zaman sahabat RA juga turut datang membantu.

 Hanya dengan bantuan keramat sahajalah seluruh askar dan segala peralatan ketenteraan Amerika Syarikat yang canggih-manggih itu dapat ditundukkan, kerana keramat tidak akan dapat dikalahkan oleh sesiapa pun buat selama-lamanya. Keramat adalah bantuan terus dari Allah, didatangkan melalui tangan para wali-Nya. Maka mustahillah bantuan Allah dapat dikalahkan oleh sesiapa pun. Siapa lagi yang mampu mengalahkan Amerika Syarikat dan segala senjata canggihnya itu kalau bukan dengan berkat keramat para wali Allah? Cuba fikir dan sebutkan negara mana atau pemimpin mana yang dapat berbuat demikian pada hari ini.

Semasa kedua-dua pasukan tentera itu sedang bermaharaja lela di Tanah Arab itu, maka datanglah suatu kaum yang sihat (gagah berani) memerangi Amerika Syarikat dan Syiah itu. Hanya kaum ini sahajalah yang mampu dan berani melawan kekuatan kecanggihan ketenteraan Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya yang besar dan kuat itu. Jumlah mereka ini tidak disebutkan jumlahnya kerana mereka yang dimaksudkan itu ternyata adalah amat kecil jika dibandingkan jumlahnya dengan jumlah kedua-dua angkatan tentera Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya. Namun, Allah tidak melihat kepada berapa besar jumlah pasukan yang dilawan itu kerana setiap seorang daripada anggota pasukan itu bersamaan kekuatannya dengan kekuatan dan keberanian seratus orang tentera musuh.

Mereka adalah pasukan yang datang dari Timur dan tidak lain dan tidak bukan ialah pasukan Asoib, yang di dalamnya terdapat sebahagian besar golongan Ikhwan. Selain itu, disebutkan pula bahawa pemimpin kaum yang sihat itu dipanggil dengan gelaran Amir Min Umarak (Raja Bagi Segala Raja), suatu gelaran yang amat tinggi dan amat besar maknanya kepada beliau. Juga amat besar ertinya kepada seluruh umat Islam di serata dunia. Disebutkan juga bahawa Amir Min Umarak itu bergelar Syuaib bin Saleh. Jelaslah berdasarkan hadis ini, Syuaib bin Saleh itu adalah gelarannya dan bukan namanya. Hal ini samalah dengan khalifah pada akhir zaman yang bergelar Imam Mahdi. Imam Mahdi itu adalah gelarnya sahaja sedangkan namanya adalah Muhammad bin Abdullah.

 Sihat yang dimaksudkan itu adalah sihat akidahnya. Ketika umat manusia sedang rosak akidah kerana telah dipengaruhi oleh pelbagai akidah yang menyesatkan, mereka tidak tergugat akidah mereka. Maka di antara segala yang sedang sakit akidah itu, merekalah sahaja yang sihat akidahnya. Maka dikatakanlah bahawa mereka itu sihat. Mereka juga sihat agamanya. Ketika orang lain sedang sakit malah nazak agamanya, mereka tampil dengan amalan agama yang benar dan menegakkan Islam secara keseluruhan seperti pada zaman Rasulullah SAW dahulu. Maka sesiapa yang mampu menegakkan agama ketika agama sedang rebah, maka dikatakan bahawa mereka itulah golongan yang sihat iaitu sihat agamanya.

Mereka sihat dari segi jihad kepada Allah. Ketika ini umat Islam sudah mati semangat jihadnya. Jika ada yang berjihad pun, tidak benar-benar berjihad menurut apa yang diperintahkan oleh syarak. Maka pada ketika orang lain sedang mati jihadnya, mereka mampu membangunkan jihad seperti yang dikehendaki oleh syarak, maka itulah golongan yang sihat, iaitu sihat jihadnya. Juga sihat daripada pengaruh keduniaan yang sedang amat nyanyuk. Ketika umat manusia sedang turut sama nyanyuk seperti dunia yang mereka gilai itu, mereka berjaya mengelakkan diri daripada turut nyanyuk. Mereka juga membangunkan dunia tetapi menjadikannya sebagai amalan untuk akhirat, bukan untuk dunia semata-mata. Maka dikatakanlah bahawa mereka itu sihat, kerana tidak turut nyanyuk ketika orang lain telah lama dibuai nyanyuk dunia. Juga sihat dari segi kerohanian kerana dengan kerohanian yang kuat yang mereka miliki itulah yang membolehkan mereka mengalahkan musuh dan membangunkan semula Islam seperti yang pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW dahulu. Mereka juga sihat dari segi kekuatan zahir. Mereka sihat kerana dianggap singa pada waktu siang. Singa amat ditakuti oleh setiap manusia, walaupun singa itu hanya seekor sahaja pada sesuatu tempat. Apatah lagilah jika mereka berkumpulan dan beramai-ramai.

Orang-orang, sama ada dari kalangan ulama atau sarjana Islam, yang menganggap Pemuda Bani Tamim itu bernama Syuaib bin Saleh, sudah melakukan sesuatu kesilapan yang amat besar kerana tidak habis kajiannya dan tidak tepat ilmunya dengan kebenaran yang hakiki. Pernah suatu ketika dahulu iaitu sekitar tahun-tahun 1993 dan 1994, ketika isu Imam Mahdi hangat diperkatakan, beberapa orang ulama dan sarjana menjelaskan kepada orang ramai bahawa Pemuda Bani Tamim itu bernama Syuaib bin Saleh kerana itulah nama yang disebutkan oleh hadis. Mereka tidak sedar bahawa ada hadis lain yang menjelaskan sebaliknya. Oleh itu, sebelum memperkatakan sesuatu yang kita tidak berapa jelas atau tidak khatam mengajinya lagi, eloklah kita memperbanyakkan mutalaah dan bersembahyang istikharah untuk mendapatkan kepastian hakiki. Jangan sampai nanti diketawakan oleh orang-orang kemudian.